Ticker

6/recent/ticker-posts

Ad Code

Responsive Advertisement

7 Kelebihan menyimpan emas


Kenapa kena simpan emas?

Secara asasnya, emas sesuai dijadikan sebagai simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas. Selain disebabkan nilainya terjamin, ini antara kelebihan apabila kita menyimpan emas :

1. Duit simpanan tidak bocor (Emas kalis boros)

Simpan, korek, simpan, korek! Akhir sekali jumlah simpanan tak ke mana! Itulah masalah yang sering berlaku bila kita menyimpan duit. Bila nampak nombor dalam akaun bank, mesti otak kita ligat berfikir apa yang nak kita belanjakan, habiskan. Memang itulah naluri manusia pada duit.

2. Jumlah simpanan cepat bertambah

Emas ni memang ada auranya yang tersendiri. Hanya yang telah bermula dapat rasa. Bila kita mula simpan emas, dapat pula pegang emas fizikal di tangan, aduss perasaan terujanya lain macam. Rasa seperti nak melompat tinggi ke bintang. Bila dah mula rasa teruja, mulalah kita akan rasa nak tambah lagi dan lagi. Mula simpan 1 gram sahaja, kemudian tambah lagi menjadi 5 gram, 10 gram, 50 gram dan begitulah seterusnya. Ha! Sebab tu la kena mulakan simpan emas, tak sedar je simpanan kita akan cepat bertambah.

3. Simpanan bertahan dari inflasi

Yang ini mungkin ramai dah pernah dengar dan tahu. Tapi jika anda di luar sana belum tahu, sebenarnya emas memang pilihan yang baik untuk bertahan dari inflasi. Pada saat-saat harga barang asyik naik seperti sekarang ni, sedangkan nilai duit semakin rendah memang itulah yang akan menghambat ramai orang. Jadi untuk mengelakkan kewangan kita terus terdesak, eloklah sebahagiaannya kita alihkan dalam bentuk emas supaya ia lebih bertahan dan kekal lama. 

Catat Ulasan

0 Ulasan